Tuesday, May 19, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada 18 Mei 2009 bersamaan hari Isnin, SK Kuala Klawang telah mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Tema hari guru pada tahun ini adalah Guru Pembina Negara Bangsa. Pelbagai acara telah dijalankan sempena sambutan Hari Guru ini seperti tarian poco-poco, sukaneka dan persembahan murid dan guru.Waktu persekolahan pada hari tersebut telah berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Pada keseluruhannya sambutan Hari Guru ini telah dijalankan dengan jayanya . Para guru, staf sekolah serta para pelajar telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang aktiviti dijalankan.Semoga SKKK terus cemerlang, gemilang dan terbilang.